Kumpulan K-pop Twice bakal kembali temui peminat di SG pada Sep sempena jelajah konsert 'Ready To Be'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/twicetagram
SINGAPURA: Kumpulan penyanyi wanita Twice dari Korea Selatan akan kembali menemui para peminatnya di Singapura pada 2 September, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia 'Ready To Be' yang sedang berlangsung sekarang.
Kumpulan sembilan anggota itu - terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu - bakal melakukan persembahan di Stadium Tertutup Singapura. Ia merupakan tempat yang sama sewaktu konsert sebelumnya, 'Twicelights', pada 2019. Maklumat mengenai tiket konsert tersebut belum lagi diumumkan.
Kumpulan itu juga mengumumkan bahawa ia akan membuat persinggahan tambahan bagi konsert jelajah 'Ready To Be' mereka iaitu di Filipina, Thailand, London, Paris dan Berlin. Baru-baru ini, kumpulan Twice melakar sejarah sebagai kumpulan wanita pertama yang tiket konsertnya laris dijual di Stadium SoFi di Los Angeles dan Stadium MetLife di New Jersey.
Kumpulan Twice ditubuhkan pada 2015 menerusi rancangan 'Sixteen' dan sedari itu, ia sudah mengeluarkan beberapa lagu hits yang mengungguli carta lagu seperti 'Cheer Up', 'TT', 'Fancy' dan 'The Feels'.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.