Kumpulan 'K-pop' Stray Kids adakan konsert di S'pura pada Februari 2023
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/Realstraykids
SINGAPURA: Para peminat Stray Kids pastinya teruja kerana kumpulan kegemaran mereka itu akan datang ke Singapura untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan.
Stray Kids akan membuat persembahan di Stadium Tertutup Singapura pada 5 Februari 2023 sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia 'Maniac'. Mereka juga akan ke Jakarta pada bulan November dan Bangkok, Sydney serta Melbourne pada Februari sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat. Maklumat tiket belum diumumkan.
Tarikh-tarikh baru konsert Stray Kids diumumkan pada Khamis (29 Sep) sebelum pelancaran album mini terbaru mereka, Maxident, pada 7 Oktober dengan lagu utama, 'Case 143'.
Kumpulan dari JYP Entertainment itu – Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin dan IN – terkenal sebagai kumpulan “yang menerbitkan sendiri lagu-lagu mereka” dan muzik mereka menggabungkan unsur-unsur hip hop dan elektronik.
Musim konsert K-pop di Singapura kini sedang rancak, dengan (G)I-dle, Seventeen, bekas ahli EXO Lay Zhang membuat persembahan pada bulan Oktober, dan Eric Nam serta Jackson Wang dari kumpulan Got7 masing-masing dijadualkan pada November dan Disember.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.