Kumpulan K-pop Itzy bakal buat persembahan di SG pada 28 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/itzy.all.in.us)
SINGAPURA: Kumpulan K-pop wanita, Itzy, akan membuat persembahan di Singapura pada 28 Januari di Star Theatre sebagai sebahagian daripada jelajah dunia 'Checkmate'.
Selain Singapura, tarikh-tarikh lain juga ditambah untuk tahun depan bagi Manila (14 Jan), Jakarta (4 Feb) dan Bangkok (8 Apr).
Penganjur konsert Live Nation berkongsi pengumuman kumpulan itu di laman Facebook pada Isnin (17 Okt).
Tiada perincian mengenai penjualan tiket didedahkan dan catatannya menggesa para peminat supaya "terus mengikuti perkembangan bagi lebih banyak kemas kini pada masa akan datang".
Kumpulan lima orang itu, yang terdiri daripada Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong, dan Yuna, membuat kemunculan pertama mereka pada 2019 dan adalah kumpulan wanita pertama JYP Entertainment sejak Twice pada 2015 dan kumpulan idola pertama sejak Stray Kids pada 2017.
Stray Kids juga dijangka membuat persembahan di Singapura pada 5 Februari di Stadium Tertutup Singapura.
Perhentian-perhentian tambahan di Asia Tenggara adalah sebahagian daripada jelajah berterusan Checkmate, yang bermula di Seoul pada Ogos sebelum mereka ke Amerika Syarikat bagi lapan persembahan pada Oktober dan November.
Kumpulan itu juga mengumumkan mereka akan mengeluarkan 'single' berbahasa Inggeris, Boys Like You, pada 21 Oktober.
Album penuh pertama mereka Crazy In Love, yang dikeluarkan tahun lalu, termasuk single Loco.
Single hit lain termasuk Dalla Dalla, Wannabe dan Sneakers.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.