Skip to main content

Hiburan

Kumpulan K-pop Enhypen bertemu Max Verstappen jelang Grand Prix SG

Dalam tiga hari mendatang, dua acara besar bakal berlangsung di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan K-pop Enhypen bertemu Max Verstappen jelang Grand Prix SG

Anggota kumpulan K-pop Enhypen baru-baru ini bertemu dengan pelumba Max Verstappen di Singapura. (Gambar: Instagram/redbullracing)

SINGAPURA: Dalam tiga hari mendatang, dua acara besar bakal berlangsung di Singapura. Pertama, Grand Prix Singapura 2025, yang turut menampilkan persembahan artis ternama antarabangsa termasuk Elton John, G-Dragon, Foo Fighters dan Smashing Pumpkins. Acara kedua pula ialah konsert kumpulan K-pop Enhypen di Stadium Tertutup Singapura.

Kedua-dua acara itu akan berlangsung pada tarikh yang sama – dari 3 hingga 5 Oktober.

Meskipun jadual kedua-dua acara itu bertembung, anggota Enhypen iaitu Jay, Jake, Jungwon dan Sunghoon sempat menyertai kemeriahan Formula 1 di sini – dengan melawat bengkel Oracle Red Bull Racing, selain bertemu dengan pelumba terkemuka, Max Verstappen.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial Oracle Red Bull Racing, Jay – yang diketahui sebagai peminat tegar perlumbaan – dilihat mengucapkan tahniah kepada Verstappen atas kemenangannya baru-baru ini dalam perlumbaan GT3 sulungnya.

“Oh, awak ikuti [perlumbaan itu]?” tanya Verstappen yang kelihatan terkejut, lalu Jay menjawab: “Sudah tentu.”

Selepas menandatangani sehelai jersi dan beberapa topi untuk Enhypen, Verstappen bertanya sama ada kumpulan itu akan berada di Singapura “untuk sepanjang hujung minggu”, lalu Jake mendedahkan jadual mereka yang bertindih.

“Oh, bagus!” balas Verstappen.

Enhypen, yang turut dianggotai Heeseung, Sunoo dan Ni-ki, akan membuat persembahan di Singapura sebagai sebahagian daripada jelajah dunia kumpulan itu, yang digelar 'Walk The Line'.

Dalam tempoh lima tahun sejak penubuhannya, Enhypen sudah menempatkan lima album di carta 'Billboard 200 Top 10', termasuk album terbaru mereka, 'Desire: Unleash.'

Sementara itu, Max Verstappen akan berusaha untuk mengecilkan jurang dengan pendahulu semasa, Oscar Piastri.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita