Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan K-pop Blackpink adakan konsert sulung di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan K-pop Blackpink adakan konsert sulung di Arab Saudi

Kumpulan Blackpink. (Gambar: blackpinkofficial/Instagram)

RIYADH: Kumpulan penyanyi wanita Blackpink dari Korea Selatan akan menggegarkan pentas BLVD International Festival Site di ibu kota Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat malam (20 Jan).

Ia sekali gus merupakan penampilan sulung kumpulan tersohor tersebut di Arab Saudi.

Menurut laporan agensi berita Albalad, konsert tersebut sepatutnya diadakan di Taman Mrsool sebelum ia diumumkan akan diadakan di BLVD International Festival Site.

Konsert di Riyadh itu adalah sebahagian daripada konsert jelajah dunia Born Pink World Tour Asia, yang akan membawa mereka ke Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila dan Kuala Lumpur.
Konsert mereka di Singapura akan diadakan pada 15 Februari nanti di Stadium Tertutup.

Kumpulan Blackpink terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose, dan Lisa.

Kumpulan itu dikenali dengan lagu-lagu popular seperti Boombayah, Whistle dan Ddu-Du Dhu-Du.

Menurut agensi berita Albalad, kumpulan Blackpink merupakan kumpulan kedua dari Korea Selatan untuk membuat penampilan di Arab Saudi, selain BTS.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan