Kuman merebak ke seluruh badan Rohana Jalil, mesin perubatan tidak mampu lagi rawat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Facebook/Rohana Jalil)
KUALA LUMPUR: Lemah dan masih memerlukan pemantauan pakar. Itulah keadaan terkini kesihatan penyanyi Rohana Jalil yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaya (UKM), Selangor sejak April lalu.
Menurut pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68 tahun, berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus, lapor mStar.
"Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi.
"Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.
"Rohana tak boleh makan atau minum,dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Jepun mendedahkan Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.
Tambah Jepun lagi, kuman akibat kebocoran usus itu sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
"Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor berkata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu," ujarnya, dipetik daripada mStar.
Berkongsi punca sebenar masalah kesihatan yang dialami penyanyi lagu Rayuanku itu, Jepun menjelaskan Rohana pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.
Rawatan itu dibuat menyusuli khidmat nasihat daripada doktor, namun semuanya bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.
"Doktor mencadangkan agar Rohana melakukan pembedahan bariatrik dan katanya dengan melakukan prosedur ini dapat menghilangkan sakit gastriknya.
"Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembedahan itu.
"Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merahan tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk," katanya, lapor mStar.
Bagi mengatasi masalah itu, Jepun memberitahu doktor hanya memberikan ubat antibiotik bagi merawat usus Rohana dan melakukan rawatan susulan tanpa diminta untuk merujuk ke hospital pakar.
Selaku pengurus yang telah menjaga Rohana selama 20 tahun, Jepun berasa kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.
Sementara itu, Jepun memberitahu sebelum ini pihak hospital menyarankan agar Rohana tidak menerima pelawat selain ahli keluarga bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
Bagaimanapun, melihatkan keadaan Rohana yang semakin tenat, penyanyi itu dibenarkan untuk menerima pelawat.
Pada April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU HCTM (UKM) akibat mengalami kebocoran usus.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.