Skip to main content

Hiburan

Kugiran rok My Chemical Romance akan anjur konsert pertama di SG pada Apr 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Kugiran rok My Chemical Romance akan anjur konsert pertama di SG pada Apr 2026

Kugiran rok My Chemical Romance selepas persembahan pada 2022. (Gambar: Instagram/mychemicalromance)

Diterbitkan : 07 Jul 2025 11:13AM Dikemas Kini : 07 Jul 2025 11:14AM
SINGAPURA: Berita baik bagi para peminat kugiran rok My Chemical Romance!

Kumpulan yang terkenal dengan imej emo itu akan kembali mengadakan konsert di Singapura selepas hampir 20 tahun.

Kali terakhir My Chemical Romance mengadakan konsert di Singapura adalah pada tahun 2007.

Pada 28 April 2026 ini, anda berpeluang bertemu muka dengan anggota kugiran My Chemical Romance iaitu Gerard Way, Ray Toro, Mikey Way dan Frank Iero di Stadium Tertutup Singapura.
 
Tiket konsert My Chemical Romance akan mula dijual mulai pukul 10.00 pagi pada Jumaat ini (11 Jul) di Sistic pada harga antara S$148 dengan S$328.

Ditubuhkan pada tahun 2001, kugiran rok My Chemical Romance mula terkenal melalui album kedua mereka yang berjudul 'Three Cheers For Sweet Revenge'.

Selepas lebih sedekad bersama, My Chemical Romance mengumumkan perpisahan mereka pada 2013.

Namun pada 2019, kumpulan itu bersatu semula untuk mengadakan persembahan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan melakukan konsert jelajah dunia selepas itu, di mana mereka membuat persembahan di negara-negara seperti Jerman, England, Jepun dan Mexico.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita