Kugiran rock Queen lebih mewah berbanding (Queen) Elizabeth
Tiga anggota kumpulan rock Queen yang masih hidup kini lebih kaya daripada 'Queen' United Kingdom sebenar, Ratu Elizabeth.
Dua anggota kumpulan rock Queen, Roger Taylor (kiri) dan Brian May pada 2010. (Gambar: AFP)
LONDON: Tiga anggota kumpulan rock Queen yang masih hidup kini lebih kaya daripada 'Queen' United Kingdom sebenar, Ratu Elizabeth.
Akhbar The Sun melaporkan Brian May, 71 tahun, Roger Taylor, 69 tahun, and John Deacon, 67 tahun, dipercayai mempunyai harta yang keseluruhannya bernilai £445 juta (S$797 juta).
Laporan itu menukil 'The Sunday Times Rich List' (Senarai Terkaya The Sunday Times) yang menyenaraikan Ratu Elizabeth sebagai mempunyai harta berjumlah £370 juta (S$663 juta).
Nilai harta milik anggota kumpulan Queen melonjak ekoran filem Bohemian Rhapsody yang meraih pendapatan lumayan di pawagam.
Berkisar pada kisah hidup penyanyi utama kumpulan itu, Freddie Mercury, yang meninggal dunia pada 1991 ketika berusia 45 tahun, filem tersebut berjaya mengutip £686 juta (S$1.13 bilion).
May, Taylor dan Deacon masing-masing mendapat sekitar £25 juta (S$45 juta) tahun ini.
Ratu Elizabeth sebelum ini menduduki tangga teratas senarai The Sunday Times Rich List namun undang-undang baru mengecualikan harta bukan milik privet beliau, menurut The Sun.
Sementara itu lagu-lagu hit masih membawa pulang royalti bagi kumpulan Queen. Lagu Bohemian Rhapsodi mencatat rekod sebagai lagu kurun ke-20 yang paling banyak dimainkan secara online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.