Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kugiran rock Linkin Park kembali dengan anggota dan lagu baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Kugiran rock Linkin Park kembali dengan anggota dan lagu baharu

(Gambar: Timothy Norris / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

LOS ANGELES: Linkin Park kembali dengan barisan anggota baharu dan melancarkan lagu pertama sejak 2017, selepas kematian penyanyi utamanya Chester Bennington.

Kumpulan itu mengadakan penstriman langsung yang menampilkan penyanyi dan pemain dram baharu, Emily Armstrong dan Colin Brittain, serta anggota asal Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix dan Joe Hahn.

Shinoda dan Armstrong akan berkongsi tugas untuk menyanyi buat kumpulan tersebut.

Linkin Park melancarkan single baharu, 'The Emptiness Machine' serta album 'From Zero' yang akan dikeluarkan pada 15 November.

Kugiran rock-rap itu adalah salah satu kumpulan paling berjaya dari segi komersil pada tahun 2000-an, yang dipacu oleh vokal Beninggton.
 
Armstrong merupakan anggota kumpulan rock-alt Dead Sara dan Brittain adalah seorang penulis lagu dan pengarah ayng pernah bekerjasama dengan kumpulan rock lain termasuk Papa Roach, One OK Rock dan All Time Low.

Dia menggantikan pemain dram asal Rob Bourdon yang "memutuskan untuk mengundur diri", kata seorang wakil kepada AP.

Kumpulan itu juga mengumumkan konsert "From Zero World Tour", yang menampilkan lima persembahan di Los Angeles; New York; Hamburg, Jerman; London dan Seoul bulan ini, dan yang keenam pada November di Bogotá, Colombia.
Sumber : AP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan