Kugiran rock Itali Maneskin pilih SG sebagai satu-satunya perhentian konsert 'Rush!' di Asia Tenggara.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/maneskinofficial)
Kumpulan rock Itali Maneskin telah memilih Singapura sebagai satu-satunya perhentian Asia Tenggara bagi siri jelajah dunia yang dinamakan 'Rush!'.
Kumpulan itu, terdiri daripada Damiano David, Victoria De Angelis, Thomas Raggi, Ethan Torchio, akan menggegarkan pentas di Dewan 1 Expo Singapura pada 27 Nov.

Tiket untuk konsert satu malam itu kini boleh didapati melalui Sistic dan dijual pada satu harga saja: S$158 untuk ruang berdiri bebas.
Bagaimanapun, Sistic akan menawarkan pelbagai promosi termasuk potongan harga tiket sebanyak 15 peratus untuk Anggota Perkhidmatan Negara yang aktif dan harga berkumpulan di mana setiap tiket berharga S$138 untuk pembelian dengan sekurang-kurangnya tiga tiket lain.
Para peminat juga boleh memilih untuk menambah pakej VIP dengan tambahan S$150.
Pakej ini termasuk makanan dan minuman ringan, lanyard khas yang memberi keutamaan ketika memasuki dewan serta akses ke kawasan VIP.
Ditubuhkan pada 2016, Maneskin menjadi popular selepas memenangi tempat kedua dalam musim ke-11 pertandingan X Factor versi Itali.
Pada tahun 2021, mereka mula dikenali di seluruh dunia selepas memenangi Peraduan Lagu Eurovision edisi ke-65 dengan lagu Zitti e buoni (Pendiam dan berkelakuan baik).
Sejak itu, kugiran rock itu telah berjaya menjual lebih 10 juta salinan album di seluruh dunia dan 4 bilion strim merentasi semua platform penstriman.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.