Kugiran punk rok Indonesia mohon maaf; cipta lagu kontroversi dakwa polis terima rasuah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/sukatani.band)
JAKARTA: Kugiran punk rok Indonesia, Sukatani mengumumkan ia akan menarik balik lagunya berjudul 'Bayar, Bayar, Bayar' dari wadah-wadah penstriman, selepas timbul kontroversi bahawa lirik lagu itu mendakwa anggota polis Indonesia menerima rasuah.
Dalam satu catatan Instagram pada Khamis (20 Feb), pemain gitar dan pengarah kugiran itu, Alectroguy menjelaskan bahawa lagu itu hanya ditujukan kepada para pegawai polis yang melanggar peraturan dan bukan seluruh institusi polis.
Namun, bagi mengelak kontroversi lanjut, Sukatani memutuskan untuk memadamkan lagu itu dari semua platform digital.
Selain itu, Sukatani menggesa para peminat yang telah memuat naik lagu tersebut di media sosial supaya menurunkan catatan mereka untuk mengelak sebarang risiko undang-undang di masa hadapan.
Kugiran yang dibentuk pada 2022 itu terdiri daripada pengarah-pemain gitar Alectroguy dan vokalis Twister Angel - yang nama sebenar mereka adalah Muhammad Syifa Al Ufti dan Novi Chitra Indriyaki.
Lagu-lagu ciptaan Sukatani banyak membincangkan tentang ketidakadilan sosial dan keprihatinan oleh para petani.
Para anggota kugiran itu sering memakai topeng yang menutup bahagian kepala dan leher dikenali sebagai balaclava, selain mengagihkan sayur-sayuran kepada para penonton sebagai tanda perpaduan dengan perjuangan para petani.
Keputusan kugiran itu untuk menarik balik lagu 'Bayar Bayar Bayar' telah mencetuskan pelbagai reaksi.
Segelintir peminat mengecam langkah itu yang dianggap sebagai penindasan kritikal sosial dalam muzik dan seni.
Namun, ada yang menyokong keputusan itu, dengan berhujah bahawa kritikan perlu disampaikan secara lebih membina bagi mengelak kontroversi.
Sementara itu, Polis Jawa Tengah menafikan sebarang tekanan atau larangan berhubung pengedaran lagu itu.
"Tidak ada, masing-masing warga masyarakat punya kebebasan hak berpendapat, pelarangan setahu saya tidak ada," kata Pengarah Siasatan Jenayah Jawa Tengah, Komisioner Dwi Subagio seperti dinukil Tempo.
Meskipun dirundung kontroversi, Sukatani menyatakan ia akan tetap mencipta muzik dan meluahkan kritikal sosial menerusi wadah seninya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.