Skip to main content

Hiburan

Kugiran legenda M'sia, Wings kembali gegar pentas SG pada 29 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Kugiran legenda M'sia, Wings kembali gegar pentas SG pada 29 Jul

(Gambar: Instagram/opera.wings)

Diterbitkan : 03 Jul 2023 03:33PM Dikemas Kini : 03 Jul 2023 03:35PM
SINGAPURA: Kugiran rock legenda Malaysia, Wings, bakal menggegarkan pentas Singapura pada 29 Julai, sembilan bulan selepas konsert terakhirnya di sini.
Konsert yang berjudul 'The Rock Emperor, Wings' akan diadakan di The Star Theatre dari jam 8.00 hingga 10.00 malam.

Tiket-tiket tersebut boleh didapatkan melalui SISTIC, dengan tiket yang paling murah dijual pada harga S$88.

Turut ditawarkan adalah pakej VIP (S$268) yang merangkumi satu tiket di lantai pentas, sesi bergambar bersama Wings, satu lanyard edisi khas, poster dan beg tote.

Sejak kemunculan mereka pada tahun 1985, Wings telah menghasilkan pelbagai lagu yang menduduki carta teratas termasuk Sejati dan Taman Rashidah Utama.

Daripada barisan asal kumpulan itu, hanya tiga anggota yang kekal: Pelakon-vokalis Awie, pemain gitar Syam dan pemain bes Eddie.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita