Kugiran heavy metal wanita dari Indonesia bakal gegarkan pentas Glastonbury
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: voiceofbaceprot/Instagram)
JAKARTA: Kugiran heavy metal wanita Voice of Baceprot (VOB) bakal menjadi kumpulan Indonesia pertama yang bakal tampil di pesta muzik ikonik Glastonbury, di Worthy Farm, Somerset, England.
Mereka akan membuat persembahan pada 28 Jun.
Kugiran itu terdiri daripada tiga wanita Muslim yang memakai hijab - penyanyi utama dan pemain guitar Firda Marsya Kurnia 24 tahun; pemain durm Euis Siti Aisyah, 24 tahun serta pemain bass Widi Rahmawati, 22 tahun.

"Tak pernah terlintas dalam benak fikiran kami bahawa VOB akan bermain di atas pentas seperti Glastonbury. Ia masih terasa seperti sebuah mimpi," kata Siti atau lebih ingin dikenali sebagai Sitti kepada The Straits Times (ST).
Tambahnya, VOB diundang oleh Glastonbury untuk menampilkan karya-karya mereka di sana.
Kumpulan dari Garut, Jawa Barat itu dibentuk pada 2014 ketika masih lagi di sekolah.
Tahun lalu, VOB menghasilkan album pertama mereka yang berjudul 'Retas'.
Kumpulan itu juga sudah membuat persembahan di beberapa bandar di Amerika Syarikat pada 2023, serta di pesta Wacken Open Air di Jerman pada 2022.
VOB disenaraikan antara pelopor dalam bidang hiburan dan sukan dalam Forbes 30 Bawah usia 30 tahun Asia 2024.
Festival Glastonbury berlansung dari 26 hingga 30 Jun.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.