Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kuala Lumpur lokasi tunggal konsert Muse di Asia pada 29 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kugiran rock antarabangsa terkenal Muse bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Julai depan.

Menjadikan Malaysia satu-satunya lokasi persinggahan di Asia, konsert Muse ‘The Will Of The People Tour 2023’ dijangka menarik ramai peminat dari Asia Tenggara dan Australia, lapor Astro AWANI.

Ketua Pegawai Eksekutif penganjur konsert tersebut, Hello Universe, Adam Ashraf memaklumkan pihaknya menjangkakan kehadiran antara 60,000 hingga 100,000 penonton yang bakal menyaksikan konsert berkenaan.

“Kami menunggu hampir lima bulan untuk mereka bersetuju selain mengadakan perbincangan dengan wakil pengurusan Muse di London sebelum ini,” katanya.

Menurut Encik Adam, lokasi konsert akan diberitahu dalam masa terdekat.

Tiket prajualan boleh didapatkan bermula 2 Mac ini bermula pukul 10.00 pagi manakala tiket yang dijual kepada awam bermula pada 3 Mac pukul 10.00 pagi.

Muse dianggotai Matthew Bellamy, Chrispoher Wolstenholme dan Dominic Howard pernah membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan