Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

KRU guna AI bagi video lagu baharu 'Voodoo'

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kumpulan pop ikonik Malaysia, KRU, bergabung semula untuk menghasilkan satu lagu baharu setelah enam tahun dibubarkan buat sementara waktu.

Dianggotai oleh adik-beradik Norman, Yusry dan Edry, KRU menguasai carta lagu Malaysia pada tahun 1990-an dan awal 2000 dengan lagu-lagu seperti Fanatik, Jangan Lafazkan dan Awas.

Pada 1997, KRU menceburi dunia perfileman dan berjaya menghasilkan beberapa filem pecah panggung sepanjang beberapa tahun yang lalu, termasuk filem Cicakman dan Duyung.

Pada 2018, kumpulan itu mengumumkan bahawa ia akan 'berehat buat seketika' untuk memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi masing-masing.

Lagu terbaharu KRU 'Voodoo' dikeluarkan pada 22 November, dan muzik videonya pula pada 27 November.

Melalui Voodoo, KRU menjadi artis pertama di Malaysia untuk menggabungkan kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta kesan digital bagi video muzik; dengan video itu memaparkan sebuah kumpulan 'boyband' (dengan watak-watak itu dipegang oleh KRU sendiri) dalam bentuk AI yang dihasilkan oleh seorang saintis wanita di sebuah makmal rahsia pada 1990-an.

Dalam wawancaranya, Yusry berkata bahawa kumpulan itu perlu menggunakan "setiap teknologi VFX (kesan visual) yang dipelajari" - termasuk 'rotoscoping', CGI, dan latar belakang dan penggantian wajah - untuk menghasilkan video lagu Voodoo.

"Kami terpaksa [menambah VFX] dalam tempoh yang singkat. Biasanya apabila kami menghasilkan sesuatu, prosesnya akan mengambil masa selama beberapa minggu atau bulan. Namun, kami hanya mempunyai tujuh hari [untuk pos-penerbitan Voodoo]."

Voodoo merupakan lagu pertama daripada album terbaharu KRU, Kaset. Menurut KRU, Kaset akan menawarkan sebanyak 10 lagu. Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan konsert pada 2025.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan