Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Krisdayanti rebut kerusi parlimen dalam pilihan raya umum Indonesia

Bayangkan jika wakil rakyat atau ahli Parlimen yang anda pilih merupakan seorang penyanyi ternama seperti Krisdayanti. Sudah tentunya beliau akan mendapat perhatian sama ada di dewan apabila Parlimen bersidang ataupun dalam sesi bertemu rakyat nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Krisdayanti rebut kerusi parlimen dalam pilihan raya umum Indonesia

Krisdayanti mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang diketuai oleh Cik Megawati Sukarnoputri. (Gambar-Gambar: Krisdayanti/Instagram)

JAKARTA: Bayangkan jika wakil rakyat atau ahli Parlimen yang anda pilih merupakan seorang penyanyi ternama seperti Krisdayanti. Sudah tentunya beliau akan mendapat perhatian sama ada di dewan apabila Parlimen bersidang ataupun dalam sesi bertemu rakyat nanti.

Pada 17 April 2019 nanti, rakyat Indonesia dijangka keluar mengundi sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum. Antara mereka yang ingin berbakti kepada rakyat adalah penyanyi popular Krisdayanti yang buat pertama kalinya ingin cuba menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR.

Krisdayanti yang dihubungi menerusi panggilan jauh ke Indonesia baru-baru ini untuk temubual eksklusif ini menerangkan:

Krisdayanti mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang diketuai oleh Cik Megawati Sukarnoputri. Sekiranya Presiden Jokowi dipilih sebagai Presiden Indonesia sekali lagi pada April nanti, bererti akan terkabul niat penyanyi tersebut untuk menjadi ahli parlimen di Indonesia.

Penyanyi yang dikenali sebagai seorang penghibur yang cukup disenangi oleh peminat-peminatnya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam itu berpendapat bahawa harus ada pembaharuan di DPR selain harus ada muka-muka baru dalam Parlimen. Kata Krisdayanti atau mesra disapa sebagai Mimi juga dalam kalangan teman-teman rapat:

Beliau telah mula berkempen semenjak September 2018 rupa-rupanya, meredah sejumlah 300 desa sehingga kini. Masih ada 170 desa yang belum dikunjungi untuk kempen parti tersebut.

Maka itu, penulis harus menantikan masa yang sesuai untuk menghubungi beliau disebabkan oleh kesibukan penyanyi tersebut berkempen setiap hari dari pagi hingga ke malam.

Tidak hairan juga Krisdayanti mengakui bahawa suara beliau agak serak sedikit untuk temubual bersama BERITAMediacorp disebabkan beliau harus banyak bercakap sewaktu berkempen berterusan.

Bagaimana Krisdayanti boleh berminat dengan politik?

Krisdayanti yang banyak juga membawakan lagu-lagu OST untuk filem-filem terkenal di Indonesia berkongsi bahawa beliau memilih untuk bertanding di kawasan kelahirannya iaitu Malang Raya yang mencakupi 41 kecamatan (daerah) dengan sejumlah 2 juta pengundi.

Selain dapat bertemu dengan Presiden Jokowi sendiri, Krisdayanti juga akui berkempen untuk Presiden tersebut.

Setiap kali Krisdayanti turun padang untuk berkempen di desa-desa, penduduk agak teruja melihatnya.

Sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai ahli DPR nanti, Krisdayanti tetap akan kekal menyanyi. Itulah janjinya kepada peminat-peminat yang telah lama menyokong penyanyi kesayangan mereka itu.

“Saya nggak (tidak) pernah mahu melepaskan ke artisan (nyanyian) saya. Itu yang terpenting. Saya harus bekerja sebagai wakil rakyat 24 jam. Saya tetap menyanyi mungkin pada hujung minggu dan saya juga tetap bisa (boleh) berlibur ambil cuti untuk bikin album. Saya pohon doanya juga saya bisa melakukan kegiatan ini secara baik,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa penyanyi Harvey Malaiho juga sudah membuat keputusan untuk menyertai politik pada tahun ini. Cuma Harvey mewakili parti yang berbeza pula.

“Saya senang sekali karna memang ini adalah kesempatan yang belum tentu bisa didapatkan oleh orang lain dimana kita memberikan manfaat untuk orang lain, kita bisa dekat dengan orang lain melalui legislasi. Jika saya hanya sebagai penyanyi atau diva mungkin saya hanya bisa mereka lihat di TV tapi kali ini mereka bisa dekat dengan saya.”

Penghuni-penghuni desa yang dikunjunginya juga selalunya mempunyai permintaan yang sudah boleh dijangkakan iaitu untuk Krisdayanti menyanyi untuk mereka.

Katanya mengakhiri temubual pada pagi tersebut: “Bila saya turun ke padang dalam satu hari bisa sampai 14 desa bermakna saya harus menyanyikan 14 lagu karna saya datang setiap rumah saya pasti menyanyi," katanya sambil tertawa.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan