Skip to main content

Hiburan

'KPop Demon Hunters' filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

Filem animasi muzikal Netflix, 'KPop Demon Hunters', muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan pada Selasa (16 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
'KPop Demon Hunters' filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

Filem animasi muzikal K-Pop Demon Hunters menjadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan, dengan 314.2 juta tontonan sejak tayangan pada 20 Jun. (Gambar: KPop Demon Hunters)

Diterbitkan : 18 Sep 2025 07:11PM Dikemas Kini : 18 Sep 2025 07:18PM
LOS ANGELES: Filem animasi muzikal Netflix, 'KPop Demon Hunters', muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan pada Selasa (16 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sejak dilancarkan pada 20 Jun, filem berkenaan mencatatkan lebih 314.2 juta tontonan di seluruh dunia setakat sehingga 14 September.

Netflix yang memiliki lebih 300 juta pelanggan global berkata angka itu secara statistik menunjukkan setiap pelanggan menonton filem itu sekurang-kurangnya sekali.

Syarikat itu hanya mengira jumlah tontonan untuk tempoh 91 hari selepas tayangan, bermakna pengiraan rasmi untuk 'KPop Demon Hunters' berakhir pada 19 September.

Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi itu mengisahkan kumpulan gadis K-pop 'Huntr/x', tiga wanita muda yang menjalani dua kehidupan sebagai 'demon hunter'.

Kejayaan luar biasa filem itu turut melonjakkan runut bunyinya yang sarat dengan elemen K-pop ke carta muzik global, termasuk lirik dalam bahasa Korea.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita