Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Korban Si Ijat ajak kanak-kanak belajar erti kasih sayang, pengorbanan dalam pertalian keluarga

Watak Ijat yang dimainkan Shaqeel Jailani membawa keseronokan kepada kanak-kanak itu sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Apa yang mungkin akan anda lakukan jika nenek anda memberi amaran bakal mengorbankan "rakan" baik anda jika anda tidak memperbaiki diri?

Itulah dilema yang terpaksa dilalui Ijat dalam drama khas kanak-kanak Aidiladha, Korban SI Ijat.

Watak Ijat yang dimainkan Shaqeel Jailani malah membawa keseronokan kepada kanak-kanak itu sendiri.

"Pengalaman dalam Korban Si Ijat amat berharga pada saya. Saya dapat pelajari bagaimana untuk berlakon dengan lebih semula jadi dan bagaimana untuk memberikan suara atau intonasi yang betul. Saya amat menghargai bimbingan yang diberikan di lokasi ataupun di rumah.

"Paling seronok sebagai watak Ijat, saya boleh buat 'prank' di sekolah! Saya juga dapat berada di lokasi rumah kampung.

"Saya juga diberitahu akan memegang ayam! Saya sangat suka sekali dengan suasana kampung yang luas kawasannya. Rindu nak balik kampung," kongsi Shaqeel.

Malah, beliau sendiri akur bahawa ada sedikit keperibadian Ijat dalam dirinya.

ijat



"Watak Ijat ini nakal, suka bergurau. Di rumah, ibu saya sering panggil saya nakal kerana saya suka melakukan benda yang membuat ibu marah. Selain dari itu saya juga suka berjenaka dengan kakak, ibu dan bapa saya di rumah.

"Jadi tak lah kekok sangat menjadi Ijat yang sering kena marah dengan Nek Kiah.

"Namun watak Ijat di sekolah berbezalah dengan perangai saya di sekolah. Ijat suka buat 'prank' tapi saya tak pernah lakukan di sekolah kerana saya, sebagai anggota pengawas harus menampilkan sebagai seorang murid yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah."

Pelakon Norsiah Ramly yang berlakon sebagai Nek Kiah pula merasakan drama ini membawa kelainan.

ijat



"Kisah ini tentang bagaimana kasih sayang nenek dan datuk yang selalu dilabelkan manjakan cucu tetapi sebenarnya mengajar erti pengorbanan dan memahami serta percaya kepada penerangan cucu yg kita selalu dengar dan percaya kata dari orang lain.

"Orang ramai pelajari tentang erti kasih sayang dan pengorbanan untuk mengeratkan pertalian sebuah keluarga walaupun siapa yang menjaga sesaorang itu."

Yang penting, kanak-kanak juga dapat mempelajari tentang erti pengorbanan.

Shaqeel berkongsi: "Korban Si Ijat menampilkan mesej bahawa korban itu bermaksud mengorbankan sesuatu yang paling disayangi, bukan saja mengorbankan kambing atau lembu.

ayam ijat

"Ia juga memberikan mesej bahawa kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dan harus bersikap jujur kepada orang supaya kita tidak akan di salah anggap dan orang akan lebih mempercayai kita.

"Seperti Ijat terpaksa mengorbankan 'Handsome' untuk mematuhi perintah nenek dan datuk nya. Walaupun Ijat ini nakal, dia tetap memikirkan tentang orang lain."

Korban Si Ijat boleh ditonton di meWATCH dan saluran Suria pada 10 Julai, pukul 10.00 pagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan