Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kontroversi tidak halang filem 'Joker' catat kutipan pecah panggung

Meskipun dibayangi kontroversi dan keprihatinan tentang keselamatan, filem 'Joker' berjaya mencatat kutipan pecah panggung dalam tempoh seminggu ia ditayangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kontroversi tidak halang filem 'Joker' catat kutipan pecah panggung

Joaquin Phoenix sebagai watak Joker. (Gambar: jokermovie/Instagram)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 07:11PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 07:15PM

WASHINGTON: Meskipun dibayangi kontroversi dan keprihatinan tentang keselamatan, filem 'Joker' berjaya mencatat kutipan pecah panggung dalam tempoh seminggu ia ditayangkan.

Filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films itu memecah kutipan jualan sepanjang bulan Oktober dengan meraih AS$93.5 juta (S$129 juta), mengatasi jualan tiket filem Venom yang mengutip AS$80 juta (S$110 juta) pada tahun lalu.

Di Singapura, 'Joker' merupakan filem dengan rating NC16 yang meraih kutipan paling tinggi pada hujung minggu pertama ia ditayangkan.

'Joker' mengisahkan bagaimana seseorang yang teruk dibuli berubah menjadi individu ganas dan mula meraih kemasyhuran kerana kekejamannya itu.

Joaquin Phoenix membintangi watak sebagai Arthur Fleck, seorang badut yang kemudiannya berubah menjadi musuh kepada Batman.

Beberapa minggu sebelum ia ditayangkan, filem arahan Todd Phillips itu menerima perhatian atas keprihatinan bahawa ia mungkin mencetuskan keganasan, menyebabkan pawagam-pawagam di merata Amerika Syarikat untuk memperketatkan tahap keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah, polis New York dan Los Angeles mengerahkan lebih ramai pegawainya ke pawagam-pawagam dan para pemilik pameran juga melarang kostum dan pelitup muka di beberapa daerah.

Sumber : CNA/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan