Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kontroversi pertunjukan fesyen: Fazura dan Ashley Isham berdamai

Baru-baru ini pelakon Malaysia Fazura terpalit dalam kontroversi sejurus selepas pertunjukan fesyennya yang mempamerkan koleksi jenama beliau sendiri, Fazbulous, semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2018).

Anggaran Waktu Membaca:
Kontroversi pertunjukan fesyen: Fazura dan Ashley Isham berdamai

(Gambar-gambar: ashleyishamofficial/missfazura/Instagram)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:09AM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:43PM

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini pelakon Malaysia Fazura terpalit dalam kontroversi sejurus selepas pertunjukan fesyennya yang mempamerkan koleksi jenama beliau sendiri, Fazbulous, semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2018).

Fazura berkata, pereka fesyen Ashley Isham marah kerana menganggap Fazura meniru gimik 'finale' pertunjukan fesyennya.

Malah, pereka fesyen asal Singapura dan kini berpangkalan di London itu mendakwa beliau menerima kiriman video pertunjukan fesyen produk jenama Fazura iaitu Fazbulous daripada 'seseorang', menurut laman mstar.

ASHLEY TERIMA VIDEO PERTUNJUKAN FESYEN

Menurut mstar, kecoh di laman sosial apabila Ashley memuat naik status kemarahannya terhadap pertunjukan fesyen Fazura di KLFW2018 yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Ahad lalu (12 Ogos).

"Ashley menghubungi saya pada tengah malam semalam (Isnin) dan memperkenalkan dirinya kepada saya.

"Katanya ada 'seseorang' yang menghantar video pertunjukan fesyen itu kepadanya dan dia menerima pelbagai mesej provokasi daripada beberapa pihak untuk menaikkan kemarahannya.

Semasa pertunjukan tersebut, Fazura tidak sahaja menampilkan rekaan baju-bajunya. Di akhir pertunjukan fesyen dengan cara dramatik, model-model yang mengenakan hasil rekaannya tiba-tiba terbaring di pentas sebelum Fazura muncul dari belakang pentas.

Bagaimanapun, Ashley mengakui kesilapannya dan memohon maaf selepas menuduh Fazura meniru aksi 'finale' pertunjukan fesyennya pada 2014.

NAFI TIRU ASHLEY, DAPAT INSPIRASI PEREKA LAIN

Fazura juga menafikan tuduhan beliau meniru 'finale' model terbaring yang dilakukan Ashley pada tahun 2014.

(Gambar: missfazura/Instagram)

"Saya memang amat terkejut kerana 'finale' yang dilakukannya pada tahun 2014 itu agak sama dengan 'finale' yang saya buat untuk KLFW2018 baru-baru ini.

"Sejujurnya saya tidak pernah dengar atau mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Tapi saya percaya mungkin beliau adalah pereka fesyen terkenal.

"Tuduhan saya meniru dia itu adalah tidak benar sama sekali kerana saya sendiri pun tidak pernah melihat 'finale' yang dibuat oleh Ashley pada tahun 2014," jelasnya.

Namun Fazura mengakui 'finale' yang dilakukannya semasa KLFW2018 hasil inspirasi daripada pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten, lapor mstar. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan