Konsert Ungu ditunda kepada cuti umum Deepavali, hadapi isu lesen perjalanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA : Konsert ‘Ungu Live In Concert’ ditangguhkan 1.5 bulan kepada tarikh baru 13 November 2023.
Ia sepatutnya berlangsung pada Khamis, 28 September 2023 pada 8 malam.
Konsert di teater The STAR itu juga tukar waktu kepada 5 petang.
Tarikh baru itu dipilih juga kerana bertepatan dengan cuti umum perayaan Deepavali.
Ini merupakan konsert Melayu kedua yang ditangguhkan dalam bulan September ini setelah konsert Search.

Mengumumkan penundaan tarikh itu, penganjurnya Daily Entertainment Asia yang diwakili pegawai publisitinya, Cik Freda Hassan, menyatakan penangguhan itu disebabkan masalah kemas kini pelesenan yang di luar kawalan pihak Pengurusan Artis dan Penganjur Acara.
Menurut kenyataannya kepada BERTA Mediacorp, "Untuk mengungkapkan rasa terima kasih kami atas sokongan berterusan anda dan untuk menggantikan penjadualan semula, kami berbesar hati untuk menawarkan pertemuan eksklusif dengan peminat bersama kumpulan Ungu, bernilai lebih dari $200 kepada semua pemegang tiket yang telah membeli tiket sebelum pengumuman penangguhan ini.
"Peluang eksklusif ini akan membolehkan peminat berinteraksi dengan ahli kumpulan Ungu melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan interaktif, sesi soal jawab, dan mungkin sesi gambar bersama untuk kumpulan-kumpulan yang dipilih, mencipta pengalaman yang berkesan untuk semua peserta.
"Pemegang tiket dinasihatkan untuk menyimpan tiket mereka kerana tiket tersebut akan kekal sah untuk konsert yang ditangguhkan pada 13 November 2023 dan memberikan mereka peluang untuk menyertai sesi Pertemuan Peminat Ungu eksklusif selepas konsert," menurut Cik Freda.
Bagi yang tidak dapat menghadiri konsert itu pada tarikh baharu, pengembalian wang dengan bukti dokumen yang sah juga dibenarkan hingga Rabu (20 Sep).
RAMAI YANG MINTA KONSERT DIADAKAN PADA HARI CUTI
Daily Entertainment Asia juga menyatakan bahawa mereka mengambil peluang untuk memenuhi permintaan ramai agar konsert itu diadakan bukan pada hari bekerja.
Tarikh baharu yang dipilih itu jatuh pada hari Isnin, cuti umum bagi perayaan Deepavali.
Bagaimanapun, dalam sebuah video yang dihantar kepada wartawan yang merakam perutusan daripada kumpulan Ungu kepada peminatnya, vokalis Ungu, Pasha menyebutnya sebagai "masalah pelesenan perjalanan" tanpa mengulas lanjut.
Beliau juga dengan nada positif mengharapkan ada hikmah di sebalik kegenjotan ini.

Setakat ini, Daily Entertainment Asia berkongsi bahawa pihaknya menerima respons yang positif daripada peminat Ungu yang sudahpun membeli tiket terlebih dahulu.
"Para pembeli tiket lebih bersemangat dan menghubungi mereka mengenai sesi pertemuan peminat yang diberikan secara percuma berikutan perubahan tarikh tersebut. Ini berkemungkinan didorong perubahan tarikh kepada hari cuti, yang jelas lebih dihargai."
Pihak penganjur menyatakan mereka tetap berazam untuk menyediakan pengalaman konsert yang luar biasa untuk semua peminat Ungu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.