Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert ulang tahun ke-25 kugiran Padi derma RM1 bagi setiap tiket konsert terjual

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penganjur 'Padi Reborn 25 Years' berhasrat mendermakan RM1 (S$0.30) daripada setiap penjualan tiket konsert itu kepada persatuan bukan kerajaan (NGO) kanak-kanak asnaf.
Menurut Pengarah Qew Comm, Rahizahwati Yahya, ia menyusuli tiket konsert sempena meraikan ulang tahun ke-25 kugiran dari Surabaya, Indonesia, itu yang laris terjual.

“Saya ingin kongsikan berita baik iaitu tiket konsert pada Sabtu ini dah habis terjual."

“Jadi, kami berhasrat untuk derma sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada persatuan kanak-kanak asnaf."

“Setiap RM1 daripada jualan tiket itu akan kami sumbangkan kepada persatuan berkenaan,” katanya di sidang media Padi Reborn 25 Years, yang diadakan di Hotel Tamu di Kuala Lumpur pada Khamis (1 Dis).

Vokalis kumpulan Padi Reborn, Fadly, pula memuji usaha murni penganjur. Malah, mereka berbesar hati kerana konsert berkenaan turut menjadi platform untuk berbuat amal sambil menghiburkan Sobat Padi (gelaran untuk peminat), lapor agensi berita Malaysia kini.

“Kami amat menghargai tindakan penganjur. Semoga lebih banyak penganjur mahu terbabit kerja amal sebegini kerana ia sesuatu yang luar biasa."

“Ia amat bermakna buat kami. Berbahagi takkan rugi dan bersedekah menambah berkah."

Konsert 'Padi Reborn 25 Years' yang dijadual berlangsung pada 3 Disember nanti di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan Ratu Jazz, Sheila Majid, sebagai penyanyi jemputan.
Mengulas mengenai konsert itu, Fadly berkata kugirannya amat teruja untuk membuat persembahan selepas kali terakhir mengadakan pertunjukan pada 2018 di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Menurut beliau, sepanjang pandemik COVID-19, kumpulan itu “berpuasa” daripada mengadakan konsert.

“Jadi sememangnya kami sangat teruja untuk membuat persembahan dan akan menyanyikan lebih banyak lagu berbanding kehadiran kami ke sini empat tahun lalu,” ujarnya.

Meskipun banyak perkara yang bakal menjadi kejutan, kugiran terkenal Indonesia itu tidak berahsia mengenai kemunculan Sheila di pentas bersama mereka.

Kata pemain dram, Yoyo, Sheila pada malam itu bakal mempersembahkan dua lagu dan satu daripadanya adalah lagu Padi Reborn.

“Sheila akan menyanyi lagu sendiri dan Padi Reborn. Kami akan saling bertukar lagu,” agensi berita Malaysiakini menukil kata-katanya.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan