Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Rapsodi ke-20 papar "Sinergi Muzik" S'pura- Brunei

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Konsert tahunan Rapsodi terbitan bersama Mediacorp dan Radio Televisyen Brunei, kembali menghiburkan para penonton malam ini (7 Mei) selepas 2 tahun ditiadakan akibat COVID-19.

Edisi ke-20 Rapsodi bertemakan 'Sinergi Muzik',dihoskan Hans Hamid dari Singapura dan Nadhirah Sh’minan dari Brunei.

Konsert satu setengah jam itu memaparkan sinergi yang tercipta hasil kerjasama kreatif bakat kedua-dua negara meskipun menghadapi cabaran dan sekatan akibat COVID-19.

<p>Gambar: Instagram/@mediacorp_suria</p>

Rancangan kali ini menampilkan persembahan muzik daripada pelbagai genre termasuk pop, balada dan retro

Segmen khas Hari Raya khas juga akan disertakan untuk mempamerkan sambutan di kedua-dua negara.

Penyanyi popular Sufi Rashid, Syed Azmir, kumpulan O.M.A serta bakat baru, Liwani Izzati akan mewakili Singapura.

<p>Gambar: Instagram/@mediacorp_suria</p>

"Ini adalah saat-saat yang saya nantikan kerana kita tidak dapat ke Brunei kan? Tahun ini kita mencari jalan lain untuk menggabungkan antara Singapura dan juga Brunei," kata Syed Azmir

Bagi bakat baru, Liwani Izzati, pengalaman pertama mewakili Singapura dalam tidak dapat beliau lupakan.

"Sebenarnya penyanyi asal lagu “Sayang jangan mengenang” dijangkiti COVID. Jadi saya mengambil alih pada saat akhir untuk menyanyikan lagu tersebut untuk Rapsodi kali ini. Saya harus belajar lagu itu dan juga belajar menari dalam masa empat jam," kongsi Liwani.

Brunei Darussalam diwakili Aznniel Yunus, Dila Junaidi dan Ezah Hashim.

<p>Gambar: Instagram/@mediacorp_suria</p>
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan