Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Noah terima sambutan hangat di KL; konsert seterusnya pada tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert Noah terima sambutan hangat di KL; konsert seterusnya pada tahun depan

(Gambar: @noah_site/Instagram)

KUALA LUMPUR: Sambutan hangat peminat terhadap konsert Noah Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL pada Sabtu malam (12 Nov) mendorong pihak penganjur iaitu Yolo Malaysia untuk kembali membawa kugiran tersebut pada tahun depan.

Penerbit Eksekutif Yolo Malaysia, Haniff Hamzah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan konsert berskala besar untuk Noah selepas melihat reaksi penonton yang melahirkan rasa puas hati dengan persembahan bertenaga kumpulan berkenaan, lapor agensi berita mStar.

"Penonton yang hadir memberikan respons positif dan menyatakan kerinduan mereka terubat selepas menyaksikan persembahan Noah tanpa henti selama 90 minit."

"Oleh kerana sambutan memberangsangkan, Yolo Malaysia sudahpun membuat perancangan Yolo X Noah 2023 dengan ruang lebih besar tahun hadapan," katanya.

Sebelum ini, Noah yang dianggotai oleh Ariel selaku vokalis, Lukman (gitaris) dan David (keyboard), menyampaikan hampir 20 buah lagu di hadapan 2,500 peminat.

Antara lagu yang menggegarkan Zepp KL adalah "Menghapus Jejakmu", "Separuh Aku", "Yang Terdalam", "Bintang di Surga" dan "Mungkin Nanti".

Menariknya mengenai konsert tersebut, pembeli tiket juga dibekalkan dengan gelang tangan LED yang akan mengeluarkan cahaya mengikut irama muzik sepanjang konsert.

Kata Haniff, ini merupakan kali pertama, peranti sedemikian digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu, menurut agensi berita mStar.

Sementara itu, Noah sendiri meluahkan rasa puas hati dengan keseluruhan perjalanan konsert terutamanya sistem bunyi di Zepp KL yang mantap.

Apatah lagi, peminat yang hadir turut sama menyanyikan semua lagu yang disampaikan semasa konsert tersebut, lapor agensi berita mStar.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan