Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert 'A Night to Remember: Rock Nostalgia' pikat warga SG rancakkan sektor pelancongan Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert 'A Night to Remember: Rock Nostalgia' pikat warga SG rancakkan sektor pelancongan Johor

(Gambar: Impact Music & Entertainment)

JOHOR: Para peminat ratu rok Ella, kumpulan Exists dan kugiran Masdo pasti tidak sabar untuk menyaksikan tiga nama besar ini digabungkan di atas satu pentas.

Bertempat di Stadium Tertutup Arena Larkin, konsert 'A Night to Remember: Rock Nostalgia' anjuran Coaction Events bakal membawa para penonton kembali ke era kegemilangan muzik rok pada 14 Disember ini yang penuh dengan nostalgia dan persembahan yang menggetarkan.

Konsert ini akan turut disulamkan dengan sentuhan bunyi retro kugiran Masdo serta muzik hit sepanjang zaman oleh Exists.

Malah lebih dari itu, konsert tersebut sebenarnya bermatlamat untuk merancakkan sektor pelancongan Johor menerusi kunjungan warga Singapura ke negara jiran itu.
(Gambar: Impact Music & Entertainment)
Ini memandangkan rakyat Singapura membentuk demografi terbesar pelancong yang melawat Johor pada 2023 dan 2024, sekali gus menyerlahkan pentingnya kunjungan warga Singapura bagi merancakkan sektor pelancongan di seberang tambak.

Pengarah Urusan Impact Music & Entertainment, yang juga syarikat publisiti konsert ini dan perhubungan strategik Tourism Johor, Rahimah Sukor berkongsi: "Tourism Johor dan Tourism Malaysia bersama-sama dengan syarikat publisiti rasmi Impact Music & Entertainment (Malaysia/Singapura) mengalu-alukan pelancong dari Singapura untuk menjadikan Johor sebagai destinasi percutian pilihan sempena musim cuti sekolah Disember ini."
(Gambar: Impact Music & Entertainment)
"Selain dapat menikmati konsert yang menakjubkan, pengunjung juga berpeluang untuk meneroka pelbagai daya tarikan menarik di negeri ini," katanya kepada BERITA Mediacorp.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan