Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Mirror dihentikan selepas skrin video gergasi jatuh terkena penari

Anggaran Waktu Membaca:
 Konsert Mirror dihentikan selepas skrin video gergasi jatuh terkena penari

Konsert Mirror dihentikan selepas skrin video gergasi jatuh terkena penari. (Gambar: Telegram)

Diterbitkan : 29 Jul 2022 11:26AM Dikemas Kini : 29 Jul 2022 11:26AM
HONG KONG: Sekurang-kurangnya dua penari cedera pada Khamis malam (28 Jul) apabila skrin video gergasi yang tergantung di atas pentas jatuh dan menimpa mangsa yang sedang membuat persembahan.

Tragedi berlaku ketika konsert Mirror, kumpulan paling popular di Hong Kong.

Rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan penari sedang membuat persembahan di pentas Coliseum Hong Kong apabila skrin gergasi berkenaan jatuh, menimpa seorang lelaki.

Skrin tersebut kemudian terkena seorang lagi individu.

Jeritan panik suara penonton turut kedengaran.

Pengurus Mirror Ahfa Wong kemudian naik ke pentas untuk memohon maaf dan meminta penonton beredar, menurut klip video yang tersebar online.

Dua penari lelaki dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sejurus selepas 10.30 malam waktu tempatan, kata polis kepada AFP.

Sekitar tengah malam, Hospital Queen Elizabeth di bandar itu berkata seorang lelaki yang mengalami kecederaan di leher berada dalam keadaan serius, manakala seorang lagi dalam keadaan stabil selepas cedera di kepala, lapor media Hong Kong.

Mirror dianggotai 12 penari dan kini antara kumpulan paling popular di Hong Kong.

Insiden melibatkan kumpulan itu bukan yang pertama.

Pada Selasa, salah seorang anggotanya Frankie Lui terjatuh dari pentas dan cedera, menurut laporan South China Morning Post.

Konsert tersebut adalah yang keempat daripada 12 siri konsert yang diadakan di Coliseum, Hong Kong.
Sumber : AFP/SU/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa