Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert maya 'Wings Kita Merdeka' sanjung wira kemerdekaan, petugas barisan hadapan

Kugiran legenda Wings berharap dapat melakar sejarah dalam penganjuran konsert maya pertama Wings yang akan berlangsung pada 29 Ogos sempena ulang tahun ke-35 penubuhan kugiran itu dan sambutan Hari Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert maya 'Wings Kita Merdeka' sanjung wira kemerdekaan, petugas barisan hadapan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Jul 2020 08:43AM Dikemas Kini : 30 Jul 2020 08:47AM

KUALA LUMPUR: Kugiran legenda Wings berharap dapat melakar sejarah dalam penganjuran konsert maya pertama Wings yang akan berlangsung pada 29 Ogos sempena ulang tahun ke-35 penubuhan kugiran itu dan sambutan Hari Kebangsaan.

“Konsert Wings Kita Merdeka ini adalah hadiah daripada kami kepada peminat. Inspirasi untuk konsert ini adalah wira yang berjuang untuk kemerdekaan negara kita.

“Kami juga mahu menghargai petugas barisan hadapan yang telah bekerja keras untuk memastikan keselamatan kita semasa dilanda pandemik COVID-19 ini,” kata vokalisnya, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman dalam kenyataan pada Rabu (29 Jul).

Dalam kenyataan sama, wakil Sonic Minds Sdn Bhd, Suffian Majid berkata syarikat itu sangat teruja untuk menjayakan konsert penstriman secara langsung pertama untuk kugiran rock legenda negara itu.

“Pandemik ini telah mengubah cara kita menikmati konsert secara langsung, sehubungan itu Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd menjalin kerjasama untuk merealisasikan konsert ini,” katanya.

“Wings juga berani untuk mencuba sesuatu yang baru, sama seperti kami, dan ini adalah cara kami rock ‘n roll pada tahun 2020,” katanya.

EasyBuyBye, platform e-dagang di bawah Serba Dinamik IT Sdn Bhd adalah penaja penyampai konsert tersebut, sementara syarikat JM Bariani House juga sudah mengesahkan penajaannya.

Peluang perkongsian dan penajaan untuk menyokong projek itu masih terbuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur.

Tiket berharga RM35 dan boleh diakses mulai 30 Julai di www.galactix.asia.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan