Konsert Lauv dibatalkan di Msia, konsert di SG diteruskan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: lauvsongs/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penggubah lagu dari Amerika Syarikat, Ari Leff atau lebih dikenali sebagai Lauv, membatalkan konsert dua malamnya di Kuala Lumpur pada September meskipun tiketnya habis dijual.
Demikian menurut laporan Harian Metro.
Penyanyi lagu hit I Like Me Better itu sepatutnya dijadual beraksi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 dan 7 September depan.
Pembeli tiket konsert itu dilaporkan menerima emel mengenai pembatalan terbabit daripada penganjur Live Nation Malaysia.
Menurutnya, ia dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Pembayaran semula akan dibuat kepada pembeli tiket. Rakan kongsi penjual tiket kami, GoLive Asia akan menghubungi kamu berkenaan bayaran balik itu," demikian antara kenyataannya.
Bagaimanapun, konsertnya di Singapura pada 5 September masih akan berlangsung seperti dijadualkan, lapor Harian Metro.
Pembatalan itu menyusul selepas insiden Festival Good Vibes (GVF) dibatalkan baru-baru ini selepas Matt Healy daripada The 1975 mencetuskan kontroversi sehingga tular.

Lauv masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai pembatalan itu. Namun, ramai spekulasi ia berpunca daripada insiden GVF terbabit, seperti ditukil laman Harian Metro.
Peminat turut dilihat membanjiri ruangan komen di Instagram dan menyatakan kekecewaan mereka dengan pembatalan mengejut itu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.