Skip to main content

Hiburan

Konsert 'The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun' di SG ditunda hingga 2 Jan 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert 'The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun' di SG ditunda hingga 2 Jan 2027

'The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun - Live in Singapore' terpaksa ditangguhkan atas "sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan". (Gambar: Instagram/@msn_entertainment)

Diterbitkan : 28 Oct 2026 12:16PM
‘The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun’ concert in Singapore postponed to 2 Jan 2027
  • MSN Entertainment postponed the “The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun - Live in Singapore” concert for unavoidable reasons and rescheduled it for 2 January 2027 in Singapore; a new venue has not been announced.
  • The announcement was made on Tuesday, 27 October, and the organisers apologised for the inconvenience and said notification steps had been taken.
  • BookMyShow will contact ticket holders. Diamond, Platinum and Gold ticket buyers will receive free upgrades, while those unable to attend can apply for a refund according to guidelines that will be provided.
  • MSN Entertainment and Senario’s management were reported to be in close contact as they coordinated, and were committed to ensuring the event ran smoothly and gave fans a meaningful experience.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Konsert 'The Last Kopek - Senariounion 30 Tahun - Live in Singapore' ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 2 Januari 2027, menurut pihak penganjur MSN Entertainment.

Dalam kenyataannya di media sosial pada Selasa (27 Okt), MSN Entertainment memaklumkan konsert tersebut terpaksa ditangguhkan atas "sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan".

Maklumat lanjut mengenai acara itu, termasuk lokasi baharu konsert, akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Menerusi catatan di media sosialnya, pihak penganjur turut memohon maaf kepada para peminat atas kesulitan yang timbul akibat perubahan tersebut.

Semasa dihubungi BERITA Mediacorp, pihak penganjur menyatakan ia memahami keprihatinan di sebalik keputusan untuk menangguhkan konsert tersebut.

Bagaimanapun, pasukannya "sudah mengambil langkah-langkah yang diperlukan" untuk memaklumkan penangguhan itu.

"Kami amat menghargai kesabaran dan pemahaman para pembeli tiket sedang kami berusaha memastikan peralihan kepada tarikh baharu konsert berjalan lancar," jelas pihak penganjur kepada BERITA Mediacorp.
URUSAN TIKET

Bagi mereka yang sudah membeli tiket, BookMyShow selaku rakan strategik tiket rasmi akan menghubungi semua pemegang tiket bagi memaklumkan perubahan tarikh konsert serta urusan berkaitan tiket.

Sebagai tanda penghargaan, pemegang tiket kategori Diamond, Platinum dan Gold akan menerima naik taraf kategori tiket secara percuma.

Maklumat lanjut mengenai naik taraf tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pemegang tiket yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh baharu pula boleh memohon bayaran balik.

Panduan mengenai proses bayaran balik akan dimaklumkan oleh BookMyShow, menurut penganjur di media sosialnya.

KOMUNIKASI RAPAT

Semasa ditanya mengenai sama ada pengumuman itu dimaklumkan lebih awal kepada pihak Senario, pihak penganjur menyatakan bahawa MSN Entertainment dan pihak pengurusan Senario "sentiasa berhubung rapat dan menyelaraskan" urusan sepanjang proses perancangan serta penjadualan semula konsert.

"Kedua-duanya kekal komited untuk bekerjasama demi memastikan konsert pada 2 Januari 2027 dapat berlangsung dengan lancar dan jayanya," tambah penganjur.

Sungguhpun begitu, pihak penganjur menyatakan ia akan terus berusaha memastikan konsert tersebut memberikan pengalaman yang istimewa dan bermakna kepada para peminat.

“Kami percaya bahawa penantian ini pasti berbaloi, dan kami amat berharap agar kita semua dapat bersama-sama meraikan pertemuan semula yang cukup istimewa ini,” menurut MSN Entertainment di laman Instagram.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita