Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat setia
Anggaran Waktu Membaca:

Konsert GenKRU. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Menyusuli sambutan luar biasa peminat terhadap Konsert GenKRU, pihak penganjur Icon Entertainment mengumumkan penambahan satu lagi malam persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 11 Mei ini.
Icon Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas tiket bagi tiga malam pertama iaitu pada 3, 4 dan 10 Mei habis dijual dalam tempoh kurang satu jam selepas ia dibuka kepada umum.
Pemilihan tarikh 11 Mei dilihat bertepatan dengan cuti umum Hari Vesak pada 12 Mei, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menghadiri konsert itu.
“Kami juga mendapat banyak pemintaan daripada peminat yang mahu menonton lagi (repeat) kerana tidak puas dengan momen tempoh hari,” kata Norman Abdul Halim dalam kenyataan itu.
Tiket bagi Konsert GenKRU hari keempat akan mula dijual hari ini, bermula 1 tengah hari menerusi laman web https://www.ticket2u.com.my/kruDay4.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.