Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih kumpul dana demi bantu mangsa banjir

Peka dengan musibah banjir yang berlaku, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan siaran langsung Konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu kelima pada malam semalam (19 Dis) dengan Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Peka dengan musibah banjir yang berlaku, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan siaran langsung Konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu kelima pada malam semalam (19 Dis) dengan Konsert Gegar Vaganza Kongsi Kasih.

Melalui Yayasan Astro Kasih, Astro akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 (S$25,738) kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 (S$12,869) bagi setiap pertubuhan) demi membantu mangsa banjir yang terkesan dengan musibah yang melanda negara pada ketika ini.

"Kami berharap, dengan adanya bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu setiap mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini.

"Pihak GV juga akan turut menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir yang akan diumumkan dengan lebih lanjut sewaktu konsert berlangsung malam ini.

"Pada masa yang sama, Astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana sebagai usaha mengumpul sumbangan dan derma kilat bagi membantu mangsa banjir," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Bantuan untuk mangsa banjir Monsun Timur Laut boleh disalurkan melalui Tabung Bantuan Bencana Negara ke akaun Bank Muamalat 1601-0001138-71-4 atau melalui MERCY Malaysia Flood Relief ke akaun Maybank 5621-7950-4126 & CIMB 8000-7929-08.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan