Konsert Galau tampilkan 9 artis dari 3 negara untuk persembahan 2 malam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SAH Entertainment
SINGAPURA: Buat pertama kalinya, sebuah festival lagu-lagu Melayu yang menampilkan artis-artis tiga negara sepanjang dua malam dianjurkan di Singapura pada Disember ini.
Dinamakan 'Konsert Galau', ia akan menggabungkan nama-nama besar seperti Cakra Khan (Indonesia), Taufik Batisah (Singapura) dan Imsoniacks (Malaysia).
Menurut pihak penganjur, SAH Entertainment, ia diilhamkan daripada konsert-konsert serupa di Indonesia dan Malaysia.
"Di Malaysia tahun lalu, saya ke konsert Malam Galau. Mereka namakannya konsert Malam Galau Indonesia yang mempersembahkan lagu-lagu galau yang popular. Galau ialah perkataan Indonesia yang menggambarkan perasaan sedih, marah dan perasaan negatif," jelas pengasas syarikat SAH Entertainment, Sufi Rashid.
Lazimnya, ia hanya menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan dan selalunya lagu-lagu itu tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal.
Bagi kelainan, SAH Entertainment mengambil pendekatan yang berbeza pula dengan menjemput penyanyi-penyanyi lagu itu sendiri untuk mempersembahkan lagu mereka bagi konsert itu di Singapura.
Secara keseluruhan, sebanyak 49 buah lagu akan dipersembahkan.
PEMINAT PILIH SENDIRI ARTIS 3 NEGARA
Sebelum menentukan barisan artis yang akan membuat persembahan bagi konsert tersebut, pihak penganjur membuat undian terbuka dahulu menerusi laman media sosial syarikat itu.
Para peminat membuat pilihan dan mengundi bagi artis pilihan mereka.
Hasil daripada undian itu, sembilan artis terpilih termasuk kumpulan ST12, D'Masiv dan Kangen Band.
"Insomniacks akan membuat persembahan pertama kalinya di Singapura dan mereka dapat undian tertinggi bagi senarai kumpulan yang kami beri untuk wakili Malaysia," kongsi Encik Sufi kepada BERITA Mediacorp.
Nama lapan artis sudahpun diumumkan di laman media sosial SAH Entertainment dan tinggal lagi satu yang dirahsiakan buat sementara waktu.
Encik Sufi juga berkata ia bukan mudah untuk menggabungkan sembilan orang artis dengan jadual padat.
Ini lebih-lebih lagi mereka dari tiga negara berbeza dan persembahan harus diatur mengikut jadual padat mereka.
"Cakra Khan sejak sertai America's Got Talent ada jadual yang padat. Taufik juga jarang buat persembahan tapi kami dapatkan beliau untuk buat persembahan. Ada artis yang tak boleh pada 9 dan 16 Disember dan susah untuk bahagikan artis untuk pastikan persembahan kedua-dua malam sama hebat," jelas Encik Sufi.
Walaupun pada awalnya mahu mengadakan konsert tersebut sepanjang dua malam berturut-turut, Encik Sufi akur dengan maklum balas dan pandangan para peminat.
“Lebih ramai ‘SAHabat’ iaitu pengikut SAH Entertainment di aplikasi Telegram menyuarakan pendapat mereka untuk adakan ia pada minggu berbeza,” jelas Encik Sufi.
Beliau menambah bahawa ramai yang tidak mahu diri sepanjang tiga jam untuk dua malam berturut-turut.
PILIH EXPO UNTUK PASTIKAN HARGA TIKET MAMPU MILIK
Untuk pastikan harga tiket kekal dalam kadar mampu milik bagi para peminat, pihak penganjur memilih Singapore EXPO sebagai lokasi konsert.
Tiket-tiket dijual pada harga serendah $88 untuk satu malam dan $158 untuk persembahan dua malam.
“Selain daripada pastikan harga mampu milik, Dewan EXPO juga dekat dengan MRT dan saya juga dapat mereka pentas dengan konsep saya sendiri,” kata pengarah SAH Entertainment itu.
Encik Sufi meluahkan keinginan untuk memperkenalkan tradisi konsert berdiri seperti di Malaysia dan Indonesia ke Singapura.
“Saya rasa kita tidak mempunyai konsert Melayu yang berdiri dan saya ingin peminat nikmati pengalaman sepenuhnya pada tiga jam konsert itu dijalankan,” kata Encik Sufi.
Menurut beliau, ruang dewan juga boleh mengisi sehingga 7,000 penonton tetapi mengehadkannya kepada 5,300 penonton sahaja.
Bagi jualan tiket awal yang diadakan pada 10 Ogos lalu, sebanyak 4,000 tiket sudah terjual dalam masa sehari.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.