Konsert FireAid kumpul lebih AS$100 juta bantu mangsa kebakaran Los Angeles
Anggaran Waktu Membaca:

Gwen Stefani (kiri) dan Tony Kanal dari No Doubt membuat persembahan di konsert FireAid pada Khamis, 30 Jan 2025 di The Forum di Inglewood, California. (Gambar: AP/Chris Pizzello)
LOS ANGELES: Konsert FireAid yang sarat dengan bintang-bintang hebat mengumpul dana lebih AS$100 juta (S$135 juta) bagi usaha bantuan segera dan keperluan jangka panjang di Los Angeles, berdasarkan anggaran penganjur pada Selasa (4 Feb).
Lebih 50 juta penonton menyaksikan konsert itu menerusi 28 platform penstriman, menurut pihak penganjur.
Konsert pada Khamis itu diadakan di dua arena di Inglewood, California, serta menampilkan lebih 30 penyanyi, termasuk Lady Gaga, No Doubt, Stevie Nicks serta Jelly Roll.
Dana tersebut dikumpulkan menerusi sumbangan penonton, tajaan dan penjualan tiket dan barang dagangan.
Pada awal Januari, kebakaran besar-besaran meragut nyawa 29 orang dan memusnahkan sebahagian besar kejiranan Altadena dan Pacific Palisades di Los Angeles, sekali gus memindahkan puluhan ribu orang.
FireAid masih menerima sumbangan dana online, jelas pihak penganjur.
Jawatankuasa pemimpin dermawan akan memutuskan bagaimana untuk menguruskan dana itu bagi menangani usaha bantuan jangka pendek dan keperluan jangka panjang.
Penganjur Anugerah Grammy juga merayu bagi sumbangan derma semasa acara industri muzik itu berlangsung.
Pihaknya menyatakan sebanyak AS$9 juta (S$12.1 juta) berjaya dikumpulkan semasa tayangan pada Ahad itu.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.