Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Coldplay di M'sia mungkin ditambah sehari lagi

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Peminat-peminat setia Coldplay yang gagal mendapatkan tiket konsert kumpulan itu masih lagi boleh meletakkan harapan untuk berpeluang menonton persembahan mereka di kuala Lumpur pada November depan.

Ini kerana penganjur Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan konsert 'Coldplay: Music Of The Spheres' di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, akan ditambah sehari lagi susulan permintaan yang diterima masih tinggi.

Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Para Rajagopal berkata, terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.

"Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi," katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian pada Selasa (23 Mei) yang dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian susulan terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah, selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Dalam masa sama, Encik Para menyarankan peminat-peminat sentiasa melihat pengumuman terbaru di saluran-saluran penganjur.

Menurut Encik Para, lebih 700,000 peminat tegar berusaha untuk membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya terjual habis dalam tempoh tiga jam sahaja, lapor Astro Awani.

"Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan."

"Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual," kata beliau lagi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan