Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Komposer terkenal S. Atan meninggal dunia

Komposer tersohor asal Singapura, S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada jam 3.23 petang tadi (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Komposer tersohor asal Singapura, S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada jam 3.23 petang tadi (16 Nov).

Berita pemergian ini disahkan oleh isterinya yang turut berkongsi bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Kajang, Selangor.

"Benar, beliau (S Atan) sudah meninggal dunia. Saya akan maklumkan perkembangan berikut sebaik semuanya diuruskan,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

mStar pula melaporkan komposer legenda itu meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ramai penggiat seni mahupun peminat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah menerusi platform media sosial.

Pada sekitar September lalu, Allahyarham dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Beliau juga pernah dirawat di hospital akibat masalah buah pinggang dan angin ahmar.

S. Atan terkenal sebagai komposer yang menghasilkan lagu-lagu raya malar segar yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Sharifah Aini, dan beratus-ratus lagu lain.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan