Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

(Gambar: Instagram/fairuzmisranofficial)

KUALA LUMPUR: P. Ramlee Sabah atau nama sebenarnya Fairuz Misran disahkan meninggal dunia di Labuan pada Jumaat (8 Sep).

Berita duka itu dikongsikan oleh abangnya, Ruzaidi Misran, melalui akaun Facebooknya sebagai makluman kepada rakan dan ahli keluarga, lapor Astro Awani.

"Innalillahiwainnailaihirojiun... Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi.

"Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah," tulisnya dalam catatan di Facebook.

Menurut satu perkongsian di Facebook adik perempuannya, Sazlieyanti Misran,  memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital, seperti dinukil laporan Astro Awani.

"Alhamdulillah arwah pergi dengan senang. Hanya sakit dada dan pengsan lalu dibawa ke hospital. Sesampainya arwah di hospital, dikhabarkan arwah sudah tiada, di hari Jumaat yang mulia ini, hari yang dicemburui oleh semua orang," katanya.

"Jadi saya sudah menjawab semua soalan kamu. Semoga segala urusan kebumian arwah dipermudahkan. Terima kasih juga untuk semua yang tidak berhenti mendoakan beliau dan sedekahkan al-Fatihah," katanya.

Fairuz, 38 tahun, merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara dan wajah seakan seniman agung P Ramlee pada era kini.

Allahyarham merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012 dan sejak itu bakat beliau mula menyinar.

Allahyarham turut dikenali di Sabah kerana bakat dan suaranya yang unik.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan