Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Klip drama Lion Mums 4 ini tular; paparkan sikap buruk terhadap pekerja hijrahan

Sebahagian netizen berkata kejadian dipaparkan dalam adegan drama Lion Mums itu malangnya mencerminkan kelakuan buruk sebenar segelintir penduduk di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Klip drama Lion Mums 4 ini tular; paparkan sikap buruk terhadap pekerja hijrahan

(Petikan skrin: Saluran 5/Facebook)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 10:52AM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 11:01AM

SINGAPURA: Musim keempat drama Mediacorp, Lion Mums, dikeluarkan awal minggu ini di meWATCH (pelanggan premium boleh menonton semua 20 episod sekali gus sekarang!).

Pada Isnin (6 Dis), laman Facebook Saluran 5 menyiarkan klip pendek dari episod pertama drama itu, yang dengan pantas menjadi tular. Setakat masa penulisan, klip tersebut itu sudah meraih 4.4 juta tontonan dan lebih 900 komen.

Dalam babak itu, satu konflik timbul apabila seorang pelajar nyaris-nyaris dilanggar sebuah lori. Mujur seorang pekerja hijrahan dengan pantas meluru untuk menyelamatkan gadis itu, namun akibatnya, beliau sendiri yang mengalami luka di lengan.

IBU TIDAK BERTERIMA KASIH

Bagaimanapun ibu gadis itu, Peggy, yang berada berhampiran, tidak berterima kasih kepada pekerja hijrahan berkenaan kerana menyelamatkan anak perempuannya. Sebaliknya, beliau menjerit dan mengarahkannya supaya "menjauhkan diri" daripada anak perempuannya.

Peggy kemudian menuntut pekerja hijrahan itu supaya memberitahu siapa bosnya sambil mengancam untuk memecat mereka semua.

“Jangan berani sentuh dia! Aku tidak mahu kau dekat dengan anak aku dengan tangan kotor itu,” marahnya.

Peggy terus-menerus menghamburkan ucapan berbaur kebencian terhadap pekerja hijrahan itu, dengan mengugut akan membuat aduan polis. Wanita itu kemudian menjerit: "Kau tak layak di sini! Kau tak patut ada di sini! Kau satu ancaman. Jijik!"

DURRANI MAZLAN SELAMATKAN KEADAAN

Mujur, keadaan tegang itu segera diredakan oleh watak yang dijayakan Nurul Aini, Durrani Mazlan, yang tampil menegur ibu itu atas kelakuannya yang keterlaluan.

(Petikan skrin: Saluran 5/Facebook)

(Petikan skrin: Saluran 5/Facebook)

“Lelaki-lelaki ini menyelamatkan anak perempuan kau daripada bahaya yang serius! Kau sepatutnya mengucapkan terima kasih dan bukannya memanggil mereka dengan nama bukan-bukan," katanya sebelum menegaskan bahawa jika Peggy "tidak mengajar [anak perempuannya] untuk takut kepada [pekerja hijrahan]", budak itu tidak akan cedera.

Video tersebut menarik perhatian netizen, yang mengecam watak tersebut kerana bersikap perkauman dan xenofobia.

Seorang netizen, yang memuji lakonan dalam adegan itu, berkata apa yang dipaparkan di skrin itu "mencerminkan pembahagian dalam masyarakat kita", dengan seorang lagi netizen menambah bahawa "ramai ibu bapa menjerit pada guru di sekolah dengan cara yang sama juga."

Namun, seorang lagi netizen mengulas bahawa apa yang berlaku itu malangnya benar-benar berlaku di sini.

"Tindakan wanita itu tidak mengejutkan tetapi [masih] sangat menyedihkan bahawa sebenarnya memang ada orang seperti itu."

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan