Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Khairy Jamaluddin seronok dengan kerjaya, tidak terfikir kembali ke dunia politik

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy Jamaluddin seronok dengan kerjaya, tidak terfikir kembali ke dunia politik

(Gambar: Facebook/Khairy Jalamluddin)

KUALA LUMPUR: "Memang dah rosak pun!"

Itu seloroh mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, apabila ditanya mengenai gurauan netizen yang berpandangan dia sudah menjadi individu berbeza daripada dahulu.

Kata Encik Khairy atau mesra disapa KJ, 48 tahun, buat masa ini dia bahagia dengan kerjaya sekarang dan tiada keperluan buat dirinya untuk kembali ke kancah dunia politik.

"Tak tahu lagi tapi apa yang saya boleh katakan, saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

"Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

"Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, penyampai radio dan sebagai duta Elrah Exclusive tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi," katanya kepada mStar.

KJ berkongsi perkara itu ketika ditemu di Tayangan Premier Filem Pendek Elrah Exclusive di Dadi
Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis (21 Mac) petang.

Sebelum ini, KJ mencuri perhatian masyarakat dengan berubah kerjaya dari dunia politik ke industri hiburan seperti menjadi penyampai radio, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya untuk produk Malaysia.

Dalam pada itu, KJ berkata beliau teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempat iaitu Elrah Exclusive pada tahun ini.

"Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.

"Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu," jelasnya.

Menurut laporan mStar, KJ juga tidak menolak jika suatu hari nanti dia akan melebarkan sayap menjadi seorang pelakon jika ada rezekinya dalam bidang berkenaan.

"Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah," katanya.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan