Khairy Jamaluddin rangkul anugerah Penyampai Radio Popular BH seperti dijangkakan
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin. (Gambar: beritaharian/Instagram)
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengukir sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-36.
Khairy, yang juga dikenali sebagai KJ, menewaskan beberapa penyampai radio lain seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic yang jelas sudah lebih lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
Menurut Astro Awani, KJ memulakan tugas dan bersama keluarga Hot FM sejak lebih setahun lalu.
Beliau dilihat mempunyai aura tersendiri di halwa telinga pendengar.
Khairy buat kali pertama bersiaran di stesen radio Hot FM mengendalikan slot 'Bekpes Hot' bersama Johan dan AG pada Februari tahun lalu, lapor Astro Awani.
Mantan Ahli Parlimen Rembau itu mengesahkan dirinya bakal menyertai stesen radio berkenaan dalam temu bual melalui telefon pada segmen 'Bekpes Hot' dikendalikan Johan, AG dan AC Mizal pada Februari 2023.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.