Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Khairul Aming terima banyak lamaran, calon harus sedia hidup tanpa privasi

Anggaran Waktu Membaca:
Khairul Aming terima banyak lamaran, calon harus sedia hidup tanpa privasi

Gambar: Khairul Aming/Instagram

Diterbitkan : 02 Nov 2024 09:46PM Dikemas Kini : 02 Nov 2024 10:06PM
SHAH ALAM: Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mengakui menerima banyak lamaran untuk menjadi teman hidupnya.

Bagaimanapun, jejaka berusia 32 tahun dari Kota Bharu, Kelantan itu bertanyakan kembali sama ada wanita yang ingin menjadi isterinya bersedia hidup tanpa privasi, lapor Sinar Harian.

Beliau juga percaya bahawa tidak ramai yang bersedia menjawab persoalan itu keranam merasakan ‘dunia’ terlalu kasar sebab ramai yang akan menilai setiap tindak tanduk mereka sebagai orang yang dikenali.

“Agak banyak lamaran, kadang-kadang saya buka inbox (mesej di media sosial). Orang tulis.. Salam KA (Khairul Aming), sudi ke berkenalan? Saya berminat nak jadi peneman hidup.

“Terima kasih banyak, saya sangat hargainya. Tapi bila saya buka, akaun tuan badan pun privet. Soalan saya adalah, adakah awak bersedia untuk ‘terdedah’ kepada umum? Itu je. Ok?

“Sebab katalah kalau kahwin dengan KA, adakah awak bersedia jadi perhatian ramai? Sebab media dan media sosial, semua akan lihat dan nilai. Saya buat siaran langsung orang tanya kenapa muka KA penat, kenapa pipi makin besar? Kenapa muka hangus? Macam-macam,” katanya dalam satu video yang dikongsikan akaun khairulamingfans_ di TikTok.

Tambah jejaka itu lagi, bakal isterinya akan hilang privasi memandangkan beliau adalah pempengaruh yang dikenali ramai.

“Kalau kita pergi makan ke, bercuti sekali pun, tiada privasi langsung dan banyak benda yang kita tidak boleh buat,” jelasnya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan