Khairul Aming sasar jualan cecah RM1 juta di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Khairul Aming/Instagram
KUALA LUMPUR: Khairul Aming merupakan nama yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna di Malaysia, di mana dia terkenal dengan perkongsian sejumlah video resipi masakan, selain turut menjadi inspirasi ramai anak muda.
Selain menjadi pencipta kandungan, Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, turut sama mempunyai perniagaan menjual produk makanan, lapor Astro Awani.
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun dan kini produk kedua akan mula dijual secara rasminya pada Jumaat (2 Feb), iaitu Dendeng Nyet Berapi.
Khairul Aming akan melancarkan jualan produk kedua ini secara eksklusif melalui TikTok Shop, di mana ia akan dijual pada harga RM14.99 (S$4.30) setiap satu, dan sebanyak 80,000 unit akan dijual pada jualan pengenalan.
Kali ini, mereka akan cuba untuk menyasarkan menjadi produk pertama tempatan yang mencapai jualan RM1 juta (S$280,000) terpantas di TikTok Shop Malaysia.
Sebelum ini, pelbagai produk yang dijual oleh Khairul Aming terjual dengan pantas, dan tidak mustahil rekod berkenaan akan berjaya dipegang oleh beliau pada jualan 2.2 kelak.
Menurut laporan Astro Awani, Khairul Aming turut berkata yang kini hampir 60 peratus jualan yang dijana adalah dari TikTok Shop dan baki 40 peratus adalah dari platform lain.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.