Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Khai Bahar, Siti Nordiana menang Anugerah Top Top Meletop

Anugerah Meletop Era 2019 diadakan Ahad malam (21 Apr) dengan tirainya ditutup dengan penyampaian Anugerah Top Top Meletop. Siapakah yang menang besar?

Anggaran Waktu Membaca:
Khai Bahar, Siti Nordiana menang Anugerah Top Top Meletop

(Gambar: Instagram/@sitinordiana)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 04:36PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 04:41PM

KUALA LUMPUR: Anugerah Meletop Era 2019 diadakan Ahad malam (21 Apr) dengan tirainya ditutup dengan penyampaian Anugerah Top Top Meletop.

Astro Awani melaporkan anugerah tersebut dibawa pulang oleh Khai Bahar dan Siti Nordiana, masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita.

Kemenangan itu lebih istimewa bagi Khai kerana ia merupakan kali kedua berturut-turut beliau dinobatkan anugerah itu. Ibarat durian runtuh, Khai juga berjaya mengatasi penyanyi tersohor Siti Nurhaliza untuk membawa pulang anugerah Penyanyi MeleTOP, menurut Astro Awani.

Selain melihat artis-artis kegemaran menerima anugerah, para penonton di AME2019 turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan seperti oleh Ratu Rock, Ella.

Turut diberi pengiktirafan malam itu adalah legenda-legenda seni suara tempatan: Saleem, Anita Sarawak dan Raja Gelek, M Daud Kilau.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME19 menurut laporan AstroAwani:

  • LAGU MELETOP: Jatuh Bangun
  • FILEM MELETOP: Munafik 2
  • HOS MELETOP: Siti Nordiana
  • FESYEN MELETOP: Syafiq Kyle
  • PENYANYI MELETOP: Khai Bahar
  • BINTANG FILEM MELETOP: Syafiq Kyle
  • COUPLE MELETOP: Nur Fazura & Fattah Amin
  • SI CILIK MELETOP: Yusoff Al Qardawi.
  • PELAKON TV MELETOP: Syafiq Kyle.
  • PROGRAM MELETOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
  • ARTIS BAHARU MELETOP: Eyra Hazali.
  • ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu
  • PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan
  • GROUP/DUO MELETOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  • DRAMA MELETOP: Lelaki Kiriman Tuhan
  • PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA
  • ANUGERAH KHAS: Raja Gelek, M. Daud Kilau
Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan