Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keselamatan anak Shah Rukh Khan dalam penjara diperketat

Media antarabangsa melaporkan Aryan Khan, anak kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan yang sedang ditahan di penjara ekoran dakwaan berkaitan skandal dadah baru-baru ini, kini dipantau dan diberikan keselamatan lebih ketat sejak dipindahkan ke pusat tahanan khas Penjara Arthur Road, Mumbai.

Anggaran Waktu Membaca:
Keselamatan anak Shah Rukh Khan dalam penjara diperketat

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, diiring pegawai pemerintah di luar pejabat biro anti dadah susuli satu serbuan pada 3 Okt 2021 (Gambar: AFP).

Diterbitkan : 20 Oct 2021 11:26AM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 11:27AM

MUMBAI: Media antarabangsa melaporkan Aryan Khan, anak kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan yang sedang ditahan di penjara ekoran dakwaan berkaitan skandal dadah baru-baru ini, kini dipantau dan diberikan keselamatan lebih ketat sejak dipindahkan ke pusat tahanan khas Penjara Arthur Road, Mumbai.

Dalam pada itu, Aryan juga dikatakan tidak berhubungan dengan mana-mana individu lain yang turut ditahan dalam kes sama.

Anak bintang terkenal itu juga dilaporkan berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran penjara termasuk makanan di sana, lapor Astro Gempak.

Perkara itu membuatkan pihak pengurusan penjara tersebut risau akan keadaan kesihatan dan kebersihan dirinya.

Selain itu, media luar juga melaporkan penjaga Aryan pernah menghantar wang sebanyak Rs. 4,500 (S$80) untuk perbelanjaan kantin di penjara berkenaan ekoran pihak berkuasa tidak membenarkan makanan dari rumah dibawa masuk ke sana.

Sebelum ini, Astro Gempak melaporkan anak bujang pelakon Bollywood itu sepatutnya dibebaskan pada 9 Oktober lalu.

Namun tahanan remannya dilanjutkan selama 14 hari dan akan menjalani 'hukuman' tersebut di Penjara Arthur.

Awal dari itu, Aryan bersama tujuh lagi individu lain ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang. Pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwa ia merampas sejumlah dadah termasuk kokain dan Ecstasy di kapal pesiaran di pantai Mumbai.

Bagaimanapun, Aryan dan yang lainnya disahkan negatif dari najis dadah. Mereka juga mengambil dua dos vaksin COVID-19.

Menurut NCB, perjalanan kes itu berat kerana berkaitan skandal dadah yang cukup besar. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa