Skip to main content

Hiburan

Kes Shila Amzah: Polis tidak tolak kemungkinan panggil semula artis legenda

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara lisan terhadap penyanyi Shila Amzah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Shila Amzah: Polis tidak tolak kemungkinan panggil semula artis legenda

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara lisan terhadap penyanyi Shila Amzah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kemungkinan untuk artis itu dirakam keterangan sekali lagi adalah susulan laporan dibuat olehnya berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, kita sudah merakamkan empat keterangan dan akan memanggil beberapa individu lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat (18 Julai).

Awal dari itu, media melaporkan bahawa kertas siasatan membabitkan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Penyanyi Shila sebelum ini mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita