Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kes Aliff Aziz: Pendakwa perlu masa pertimbang perkara yang diketengahkan peguam bela

Aliff, 28 tahun, hadir di Mahkamah Negara hari ini, ditemani ibunya, S Hafiza Basharahil. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kes penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, yang menghadapi tiga pertuduhan di mahkamah, ditangguhkan ke hujung bulan ini untuk membolehkan pihak pendakwa mempertimbangkan beberapa perkara yang diketengahkan oleh peguam bela.

Demikian permintaan peguam bela Aliff semasa sebutan kesnya hari ini (9 Dis). Pihak pendakwa kemudian mengesahkan sudah menerima dokumen-dokumen daripada peguam bela.

Hakim Daerah Adam Nakhoda, kemudian menangguhkan sebutan kes kepada 30 Disember 2019 dan tempoh ikat jaminnya dilanjutkan.

Aliff, 28 tahun, hadir di Mahkamah Negara hari ini, ditemani ibunya, S Hafiza Basharahil. Penyanyi itu sedang berdepan tiga pertuduhan - dua tuduhan mencuri dan satu tuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Pada 18 Nov lalu, Aliff Aziz dikenakan tuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat-isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam. Ini merupakan tuduhan ketiga yang dikenakan ke atasnya.

Aliff ditangkap di Orchard Road pada 10 November kerana mengganggu ketenteraman awam. Dua buah video yang menunjukkan Aliff meronta-ronta dan meminta tolong “ayah” juga menjadi viral di media sosial pada hari yang sama.

Menurut kenyataan polis menyusuli kejadian itu, Aliff enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan meskipun diarahkan agar bertenang dan meleraikan pergaduhan yang berlaku antaranya dengan seorang lelaki yang tidak dikenal pasti. Polis juga menyatakan, nafasnya berbau arak.

Kira-kira tiga bulan sebelum itu, iaitu pada 3 September, Aliff berdepan lagi dua tuduhan lain. Dia dituduh mencuri dalam dua kes berasingan.

Dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan