Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kereta lumba mendiang Paul Walker dalam 'Fast & Furious' bakal dilelong

Sebuah kereta yang digunakan oleh mendiang Paul Walker dalam francais filem 'Fast and Furious' akan ditawarkan untuk satu acara lelong yang bakal diadakan di Las Vegas pada Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta lumba mendiang Paul Walker dalam 'Fast & Furious' bakal dilelong

Kereta Toyota Supra 1994 digunakan Paul Walker dilelong di Las Vegas pada Jun 2021 (Gambar: Barrett-Jackson Auction House)

Diterbitkan : 24 May 2021 11:05PM Dikemas Kini : 24 May 2021 11:07PM

AMERIKA SYARIKAT: Sebuah kereta yang digunakan oleh mendiang Paul Walker dalam francais filem 'Fast and Furious' akan ditawarkan untuk satu acara lelong yang bakal diadakan di Las Vegas pada Jun ini.

Menukil penganjur acara Barret Jackson, CNN melaporkan kereta Toyota Supra berwarna jingga keluaran tahun 1994 itu digunakan oleh mendiang Walker dalam filem "Fast and Furious" pada 2001 dan "2 Fast and 2 Furious" pada 2003.

Menurut penganjur, kereta itu akan disertakan dengan dokumen dan sijil keaslian untuk dibawa pulang oleh pembida yang berjaya kelak.

Kereta tersebut akan dijual tanpa sebarang kereta ganti sebagai sebahagian daripada acara lelong Barrett-Jackson dari 17 hingga 19 Jun di Las Vegas.

Francais filem "Fast and Furious" hasil lakonan mendiang Walker berjaya mengutip keuntungan berbilion dolar, dengan lapan filem dikeluarkan sejauh ini dan filem kesembilan pula dijadual dilancarkan bulan depan, menurut CNN.

Daripada lapan filem dalam francais tersebut, Walker membintangi enam daripadanya.

Mendiang tidak dapat menyempurnakan penggambaran bagi filem ketujuh setelah terkorban dalam satu kemalangan pada 2013, namun tetap membuat penampilan dalam filem tersebut dengan bantuan CGI.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan