Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keputusan kes Farid Kamil tampar anggota polis ditangguhkan 21 Jun

Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis (30 Mei) menangguhkan keputusan kes pelakon Farid Kamil Zahari, atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil, yang didakwa atas empat tuduhan - termasuk mencederakan anggota polis dan orang awam - kepada 21 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan kes Farid Kamil tampar anggota polis ditangguhkan 21 Jun

Pengarah dan pelakon Malaysia, Farid Kamil Zahari. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 May 2019 11:15AM Dikemas Kini : 31 May 2019 12:19PM

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis (30 Mei) menangguhkan keputusan kes pelakon Farid Kamil Zahari, atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil, yang didakwa atas empat tuduhan - termasuk mencederakan anggota polis dan orang awam - kepada 21 Jun.

Majistret Nor Arifin Hisham menetapkan tarikh tersebut selepas peguam Megat Syazlee Mokhtarom, yang mewakili Farid Kamil, memaklumkan pihaknya menerima hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan lewat malam pada Rabu.

"Pihak kami memerlukan kira-kira dua minggu untuk meneliti hujahan yang baru diterima ini," kata Encik Megat.  

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh 30 Mei untuk keputusan kes pelakon ‘Lagenda Budak Setan’ itu yang juga adalah suami kepada pelakon Diana Danielle.

Farid Kamil hadir ke mahkamah pada Khamis dengan turut diiringi adik lelakinya, Fadzil Bahri Zahari.  

Awal dari itu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon maaf atas kelewatan menghantar hujahan tersebut kerana mengalami masalah kesihatan.    

Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin.

Farid Kamil juga berdepan dua lagi ttuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan kesat terhadap Muhammad Nizam dengan niat untuk menghalangnya daripada menjalankan tugas.  

Pada 15 Mei lalu,  Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas Farid Kamil kerana menggunakan dadah jenis ganja selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Farid Kamil.

Sebelum ini, Farid Kamil memilih untuk berdiam diri semasa hari pertama prosiding membela diri terhadap pertuduhan dadah tersebut.

Sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri semasa membela diri, mahkamah tiada pilihan lain selain menyabit tertuduh dan menjatuhkan hukuman terhadapnya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan