Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kepala singa di gaun Kylie Jenner curi perhatian ramai

Anggaran Waktu Membaca:
Kepala singa di gaun Kylie Jenner curi perhatian ramai

(Gambar: Instagram/kyliejenner)

PARIS: Usahawan fesyen dan pemengaruh terkenal Kylie Jenner mencuri perhatian di pertunjukan fesyen couture Schiaparelli di ibu kota Perancis apabila tiba dengan gaun tanpa tali baldu hitam, lengkap dihiasi dengan kepala singa bersaiz sebenar.

Bukan sekadar cubaan menarik perhatian, busana merupakan sebahagian pakaian pra-keluaran daripada koleksi couture Spring-Summer 2023 gedung fesyen terkemuka itu.

Kepala singa palsu amat realistik itu menutupi hampir keseluruhan tubuh Jenner. Dia melengkapkan gayanya itu dengan sepasang kasut Schiaparelli hitam dengan corak timbul keemasan.

Sejurus selepas mengambil tempat duduknya, 'singa' Jenner muncul pula di landasan bersama beberapa siri kumpulan haiwan yang lain.

Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis, tulis pengarah kreatif Daniel Roseberry.

Mengambil inspirasi tiga jenis haiwan yang muncul dalam puisi abad ke-14, Roseberry membayangkan semula harimau bintang, singa dan serigala betina dalam koleksi yang masing-masing melambangkan nafsu, kesombongan dan ketamakan.

Peragawati Naomi Campbell pula menggayakan kot bulu tiruan hitam berkotak dengan kepala serigala di bahu kiri, manakala model Kanada, Shalom Harlow memakai gaun dengan kepala harimau salji di bahagian dada.

Semua rekaan direka sepenuhnya dengan tangan daripada resin buih dan bahan buatan manusia yang lain.

Namun, walaupun Schiaparelli menyatakan bahawa rekaan-rekaan itu adalah "faux-taxidermy," visualnya tetap sukar diterima pengguna media sosial yang mendapati koleksi itu sukar untuk dihargai.

Tetapi bagi Roseberry, jika pakaian itu menimbulkan ketakutan, maka mereka melakukan tugas dengan baik.

"Inferno, Purgatorio, Paradiso: Seseorang tidak boleh wujud tanpa yang lain," dia membuat kesimpulan dalam nota persembahan.

"Ia adalah peringatan tidak ada syurga tanpa neraka, tidak ada kegembiraan tanpa kesedihan, tidak ada ekstasi penciptaan tanpa keraguan," tambahnya lagi.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan