Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kementerian Komunikasi, Finas pantau pematuhan COVID-19 di pawagam seluruh M'sia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memantau pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang COVID-19 di pawagam seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Komunikasi, Finas pantau pematuhan COVID-19 di pawagam seluruh M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Dec 2020 06:30PM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 06:33PM

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memantau pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang COVID-19 di pawagam seluruh negara.

Dalam kenyataannya hari ini (25 Dis), Finas menyatakan satu Program Lawatan Santai ke Pawagam diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) di Alamanda di sini semalam, bertujuan memantau pelaksanaan dan pematuhan SOP di pawagam itu.

Program itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKMM Mohammad Mentek dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM Tan Chuan Ou serta Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Encik Mohammad turut melawat Bilik Projektor GSC bagi memantau operasi dan proses penayangan filem di pawagam.

Menurut Finas, sesi lawatan santai itu berupaya mengukuhkan hubungan strategik antara KKMM, Finas dan pemain industri pawagam dalam mendepani cabaran pemulihan ekonomi impak penularan COVID-19.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan