Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keluarga terdekat pun tak dapat gambar, dedah ibu Neelofa

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga terdekat pun tak dapat gambar, dedah ibu Neelofa

(Gambar: @noorkartini/Instagram)

PETALING JAYA: Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed mendedahkan pada Khamis (24 Feb) bahawa keluarga terdekat juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Noor Kartini berkata bahawa Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, sendiri memilih pendekatan tidak mahu terlalu berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum termasuk saudara terdekat.

“Mereka minta gambar, kami tak bagi dan saya sendiri pun tak ambil gambar secara curi-curi. Memang Neelofa akan hantar gambar setiap hari walaupun kita pergi rumah dia hari-hari.

“Tapi, saya memang takkan ambil gambar dan tanya dia, bila nak tunjuk. Kita bagi dia sendiri buat keputusan. Respek keputusannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Noor Kartini yang berusia 56 tahun itu ditemui pada majlis pelancaran Disney X Naelofar The Little Mermaid di pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya pada Khamis (24 Feb). 

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang proses berpantang anaknya itu, Noor Kartini memaklumkan, Neelofa menyesuaikan diri dengan peranan sebagai seorang ibu dengan begitu cepat.

“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu dan selepas itu, di rumah saya lebih kurang seminggu dan sekarang dia sambung pantang di rumahnya sendiri.

“Walaupun ada ‘confinement lady’, sebagai ibu, saya tetap memberikan tunjuk ajar dan panduan cara-cara berpantang. Pakai stokin tebal-tebal, duduk melunjur dan sebagainya.

“Alhamdulillah, dia cepat menyesuaikan diri. Dulu waktu Faliq masa kecil pun, Neelofa yang jaga. Jayden pun dia jaga. Jadi, tiada masalah dari segi nak uruskan bayi sendiri,” katanya, seperti yang dilaporkan Kosmo! Online.

Terdahulu, Neelofa dan Haris diijabkabulkan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.

Pasangan popular tersebut dikurniakan Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, namun sehingga kini, masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka itu. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan